Life is a climb
But the view is great
Its the climb...






Sunday, November 8, 2009

A place called here

Sometimes people can go missing right before our every eyes. Sometimes people discover you, even though they’ve been looking at you the entire time. Sometimes, we lose sight of ourselves when we’re not paying enough attention.

We all get lost once in a while, sometimes by choice, sometimes due to forces beyond our control. When we learn what it is our soul needs to learn, the path presents itself. Sometimes we see the way out but wander further and deeper despite ourselves; the fear, the anger, the sadness preventing us returning. Sometimes we prefer to be lost and wandering, sometimes it’s easier. Sometimes we find our own way out. But regardless, always, we are found.

Monday, November 2, 2009

Rise and smile!~You're gonna shine dear!!~~

i pena dengar that bila 1 door close, banyak lagi yang akan terbuka luas.
True! and I am happy sangat with so many choices and chances terbuka di depan mata.
Thank you Allah!~Alhamdulillah.
Terima kasih tak terhingga to those yang respon kepada belog i ini.A
da tu baca2 belog trus msg i. just to make sure that i am okay..thanks tau!~ ( u noe who u are! :) )

Sya hearts awak semua :)

hugs**hugs** u olls

Sunday, November 1, 2009

Play Pause and Stop

Saat-saat self esteem ini low, berjumpa Allah s.w.t memanglah perkara terpintar yang harus dibuat. Selain itu, melayan-layan lagu2 bersemangat macam listen from Beyonce or maybe The Climb from miley memang sangat seronok.Naik semangat 2, 3 level :)..Bercakap pasal level teringat pesanan seorang senior UPSM yang paling direspect,Abg Hadi.Klau bersabar, naik 1 level katanya.Thanks thanks thanks Abg Hadi :)..

Im not sure siapa read this blog.Others than 126 followers, I yakin ada sesetengah silent readers yang I rasa tugasnya mengintip setiap perjalanan kisah hidup I.Thanks dearest stalkers.Kalian buat hidup saya lebih sempurna.Tafsirlah sesuka hati yang kalian mahu.Sebarkanlah sebanyak mana berita yang kalian inginkan.Dan ingat juga Allah menilai akan setiap tindak tanduk kalian.Eh benar,I juga tidak sempurna dan hina di sisiNya, namun sebaik-baik penilai adalah Allah s.w.t..Apa yang terjadi, biarlah salah di mata-mata manusia (kerana manusia hanya tahu menilai dan mengkritik) yang penting benar dan tulus ikhlasnya hanya Allah yang tahu.

Readers yang I sayang,

Kadang-kadang kita leka dengan hidup yang surface nya Ya Allah indah tak terkata.Kadang-kadang anda jatuh ke lurah yang paling dalam sehingga bilamana anda menjerit sekuat hati sekalipun tiada siapa yang mendengar.Dua situasi ini, di kala susah mahupun senang sentiasa ingat bahawa kehidupan yang dipinjamkan ini milik siapa?Yes, milik Allah.Apalagi yang harus anda lakukan andai Allah sja tempat terbaik untuk kita rujuk.TAPI, readers sekalian apa yang paling saya gusar adalah bila Allah menguji kalian dengan pertolongan tanpa putus.Sehingga anda berasa selesa teramat sangat dan merasakan Allah meredhai setiap perbuatan kalian, I bimbang kalau-kalau itu hanya ujian dari Allah tapi u tidak sedar akan ujian itu.Maka sahabat, jangan mudah berasa selesa dengan apa jua keadaan yang anda hadapi.Beringatlah setiap masa.

***

Ketika ini I sangat bersyukur akan sokongan tanpa henti emak dan ayah.Yang salah ditegur, diperbetulkan dan nasihat tanpa henti diberikan.Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam memberi didikan terbaik kepada anak-anak.Jangan pernah menyatakan bahawa didikan si polan si polan tidak bagus tidak baik kerana kita juga belum tentu tahu sejauh mana betulnya cara didikan kita kepada anak-anak satu hari nanti.

Naw, Nini, I rindu amat pada you both.Be strong dlm hidup kita yang punya cabaran tersendiri.
Shu, my sayangness, lekas-lekas baik demam campak k:)
To those yang the names i x mention jgn berkecil hati.Ingatan I pada kalian semua tidak pernah berbelah bagi.And to you too my sweet readers, Extra love dari I untuk anda semua.Take care :)


***


Semalam kan,

Tiba-tiba terasa macam eh! kat Malaysia ke ni? 2, 3 pasaraya besar2 I masuk satu pun takda kentang goreng bertanda halal Jakim.Eh ada.ada..tanda halal tulisan jawi dalam bulatan putih.Tengok nama kilang sekejap kat belakang.Kilang Malaysia.hmm..kempunan I semalam nak makan kentang goreng.Takda satu pun yang dijamin halal.haish~~

~~~



Saturday, October 31, 2009

Berhati-hatilah

Satu perkara yang tidak saya pasti, apakah teguran itu sebenar-benarnya dari hati atau ditokok tambah dorongan nafsu amarah?Adakala ia mengganggu benak fikiran saya walaupun sedaya upaya saya cuba lari dari memikirkan tentangnya.

Teguran/pertuduhan atau apa jua layak dipanggil, teramat tajam dan adakala tidak masuk dek logika akal.Kata org kenapa perlu gelabah kalau bukan kamu yg salah.Bukan saya gelabah.Tapi persoalan-persoalan ini mengganggu kitaran minda saya. Saya baru sahaja melangkah mengenal dunia sebenar alam dewasa, namun awal-awal lagi saya menemui kegagalan.Tak mengapa, saya tidak pernah takut akan kegagalan kerana saya percaya semakin banyak kegagalan yang saya tempuhi, semakin cerah kejayaan yang bakal saya terima.

Setiap tindak tanduk saya diputar belit dan ditafsir mengikut sedap rasa si pemerhati.Penilaian yang tidak adil barangkali.Saya akui akan kebenaran sesetengah perkara yang cuba ditegur si empunya badan namun saya sangkal sama skali akan pertuduhan tentang kisah peribadi saya. Teramat mudah mereka menilai tara keperibadian saya.

Be strong sya dearie,
Mulut orang kita xboleh tutup. Satu hari nanti semua pasti akan terbongkar. Ingatlah semua, sesungguhnya ujian daripada Allah itu kadangkala datangnya dalam bentuk kesusahan atau pertolongan.Jika bantuan itu datang dalam bentuk kesusahan, beruntunglah kamu kerana Allah menghitung akan setiap kesukaran, air mata dan penat lelah mu itu dan kamu akan sentiasa beringat dan menjauhi laranganNya.Namun andai ujian itu datang dalam bentuk pertolongan, berjaga-jagalah kamu.Kamu bisa hanyut dan lalai dengan setiap perkara yang kamu lakukan. kerana dalam kesenangan yang kamu hadapi itu kamu sangkakan setiap perlakuan kamu itu benar dan mendapat keredaanNya.Berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan.Semoga Allah bersama-sama aku dan kamu agar tetap berada di atas landasan yang benar.
Wallahualam.

l.i.f.e

Kadang-kadang org marah atas satu sebab lain tapi habis segala yang lain diungkit.
Kadang-kadang ada org tidak berpuas hati dgn kita tapi tidak memberi teguran sebaliknya disimpan dan dipendam.Apabila meletus, kalah gunung berapi.Lebur semua.

Orang sekeliling kita adalah cermin terbaik untuk kita.OK TRUE!Its not tidak mahu menerima the things that they said but it just dont make sense at all.Tapi i percaya that emak, ayah, sisters, bestfriends, adik-beradik upsm, diorang lebih tahu siapa i sebenarnya.Bila satu demi satu pertuduhan disuarakan i cuma panjatkan ke hadrat Allah yg maha berkuasa.Satu hari nanti mereka akan sedar betapa salahnya tindakan mereka itu.Allah akan bersama-sama dengan orang yang sabar.


~ ~ ~


Ya Allah,
Aku bersyukur akan kesempurnaan yang Kau kurniakan kepadaku.sidikit pun aku tidak pernah mengeluh walaupun hakikatnya aku penghidap penyakit yang tiada ubatnya. Dengan kehendakmu, aku menjadi perhatian sebilangan kaum itu. Namun, aku melihatnya dari sisi ujian. Berat benar apa yang kau turunkan ini wahai Tuhan Yang Maha Kuasa. Andai rupa menjadi penghalang aku dengan Mu oh Tuhan, tutupkanlah pandangan mata mereka dari melihatku.Bukan kerna aku tak bersyukur ya Allah.Namun rupa ini menjadi fitnah dan sesungguhnya amat berat pertuduhan yang diterima. Cukuplah sekali dikatakan perempuan murahan, cukuplah sekali dikatakan tidak bermaruah, cukuplah sekali difitnah sebegini ya Allah. Jauhkanlah aku dari orang yang cintanya bukan untukMu, hidupnya bukan untukMu.

Wahai tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang,

Kau ampunklah dosa-dosa mereka yang menyebarkan fitnah itu. Kau berikanlah petunjuk kepada mereka-meraka yang menyampaikan tentang sesuatu yg mereka sendiri tidak pasti ya Allah.

Wahai tuhan yang maha mengasihani,

Kasihanilah hambaMu ini. Lindungilah aku dari pandangan-pandangan keburukan. Tutupkanlah pandangan mata lelaki dari melihat aku andai itu mencalarkan hubungan aku dengan Mu. Tutupkanlah ya Allah sehingga tiba waktu yang sepatutnya.

Engkaulah tuhan sekelian alam.Pentadbir seluruh alam.Engkau yang berhak menentukan segalanya di bumi dan dilangit.Terima kasih atas peringatan besar yang Engkau berikan.Aku bersyukur.Biarlah aku hina dipandangan mata manusia namun sedikit pun tidak aku sanggup dipandang hina olehMu wahai Tuhan yang maha adil.Amin.

Monday, October 26, 2009

F.R.I.E.N.D.S and friendship

"We've gone our own ways and I know its for the best,

but sometimes I wonder will I ever have a friend like you again?"

-Blink 182-
Friends are everywhere!~ i tahu but true true friends is hard to find.
True friends wont be there all the time but,
true friends wont step away and a they wont leave you all alone.
true friends will always trust you
even if,
the rest had said bad things about you.
Dont expect them to listen to you all the time,
because some times you need to listen to them.
If they havent text you or even call you,
never think that they had forget you.
Because true friends will always be with you even tho you're far apart.
i have lotsssaaa true friends.we hardly call or even text each other
apalagi meeting each other.But deep inside i know that
they're my forever true friends and my forever best friends!
Friends,
you know who you are kan?
Just remember that for every second that passed by,
I miss you, miss you and miss you so much~~ :)

Tuesday, October 13, 2009

Si ayah yang tidak pernah mengeluh

Melihatkan kepayahan si ayah mencari rezeki demi sesuap nasi, demi memenuhi keperluan si isteri dan anak-anak hati menjadi semakin berkobar-kobar berusaha memberikan kesenangan si ayah kelak.

Menyaksikan ketabahan si ayah meredah kesejukan 6.30 pagi dengan hanya diselimuti sweater menuju ke lubuk rezeki setiap hari menguatkan ingatan kepada cita-cita yang harus dicapai.

Merasakan sendiri tabahnya si ayah meredah hujan lebat walaupun kenderaannya tidak berbumbung dan kadangkala rosak di tengah-tengah perjalanan mencari rezeki mengingatkan diri akan tanggungjawab besar yang harus dipikul.

Mengenangkan kuat semangatnya si ayah mengharungi getir hidup sungguh pun dirinya sedang dimamah penyakit mengalirkan si air mata.Bukan kerana lemah dan tidak berdaya tetapi kerana semakin kuatnya si hati untuk bangkit setelah dia jatuh tersungkur.

Sungguh pun si anak meminta itu dan ini, mengeluh tidak cukup begitu begini, si ayah tetap teguh berdiri dengan senyuman menghiasi sang bibir.Itulah kasihnya ayah.Tiada galang gantinya.

Tak mengapalah jikalau harus bersesak berhimpit sampai ditolak-tolak lautan manusia ketika bergelut mendapatkan tren.

Tak mengapalah jikalau harus pulang sendiri di tengah malam dengan teksi yang meragukan dengan hanya berbekal doa supaya selamat sampai

Tak mengapalah jikalau datang ke pejabat baju basah kuyup dek hujan lebat

Tak mengapalah jikalau harus menunggu si bas berjam-jam lamanya mahupun menanti si tren komuter yang delay aja setiap hari

Apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan si ayah.

Dan oleh kerana itu, bila ditimpa susah, sang diri hanya harus mengenangkan kembali keperitan si ayah dan hanya senyuman penguat hati untuk meneruskan perjalanan hidup yang jauh ini.Kesenangan tak datang bergolek.Tak datang usaha tak datanglah bahagia..


Sunday, October 11, 2009

You're never fully dressed without a smile!~ (^_^)

Its true!You're never fully dressed without a smile.So smile dear readers (^_^)!~


Readers,
Rindu i ? terasa seakan-seakan feymes walaupun hakikatnye tidak.To those yang tersedar blog ini telah diprivatekan for a while, sorry ya takda inform u all.Now dah public kan ia semula.happy reading.Its not my intention to make it private.Im just taking some times to read through the blog and buang jauh2 the things that I wouldnt want to remember.Ive heard that to start something new, you have to let go the past and erase it from your memory.I noe, I wont be able to forget everything easily. Tapi, let the memory duduk diam-diam in your mind.

Talking about starting a new life well i've done lotsa things. My most favourite place to spend most of my time telah dicat purple pink oleh ayah. I had just change my wardrobe dan bayar guna duit sendiri (semacam proud to buy things on your own).Bukan ape, ini benda pertama termahal saya beli sendiri dan bukan ayah bayar.habis elaun saya di sini sahaja.Forget about the price, sebab the satisfaction itu only you can feel it.Hari-hari masuk bilik and looking at the almari cokelat berpintu kaca yang sangat tinggi I rasa puas!~Now I semakin-makin faham, how important for you to work hard ;)

Oh okay not only that, as being asked by mak and ayah, I had clear away the wardrobe dengan baju-baju lama dan hanya tinggal sebahagian baju-baju yang dirasakan masih pakai.I told you kan this is a whole new life, maka mesti buang yang lama dan cari yang baru.Anddd I ade cadar baru jugak ;) dan suka amat dgn design cadar ini.Now, tema bilik ini adelah purple.Andd nanti kena refill ambi pur I dengan scent lavender yang mententeramkan;)..You all should try bau lavender ini.Sangat best!;) And masa outstation at Penang last week I bought this cute lampu bola-bola rotan.Susa nak explain how cute it is!Later i upload the photo okay?!~The room become more cozy and comfy dan sukanya I duduk dalam bilik diam-diam.Bila nak tidur, tutup lampu and bukak lampu bola2 kecil tadi dan cantikkkkkkkkkknyaaaaaaaaaa...Tidur nyenyak sampai xmahu bangun lagi ;).I loike ;))))
thumbs up!

Okay okay.Enuf with bilik purple saya itu ;).I had read through entry belog saya.Sumpah sangat takkkk matang ape benda yang saya tulis.adui adeke i tulis nak kawen tahun 2011, 2012 ? Inilah budak-budak punya fikiran.takda best langsung.Come on Sya!Grow up sikit!Ye ye..Dah sedar sikit ni.Menyampah2 jugak bace.Meluat-luat pun ade.Tapi itulah proses pembesaran dan kematangan kan semua? ;)

Takda makna that im going to get married that fast.Prioritize!Ada sorang teman penah berpesan mcm tu.Yes dear, sila tahu how to arrange things ikut priority then baru hidup itu akan teratur ;). As we grow older, we began to understand everything that happened around us.We started to know the things that we should do or should not.And as for me I started to realize that the mistakes that have been done is a part of learning.And it will be a whole life reference for today, tomorrow and forever.Im glad that I can build up myself no matter how hard it is.I'll give you a sweet smile no matter how bitter the things that revolve around me.Shine dear!~

Meh..meh..tadah tangan cepat.I nak baca doa ni ;)








Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
terima kasih kerana menghantar kan kepada hambaMu ini
teman-teman yang baik hati dan comel ,
yang sentiasa berada di sisi aku ketika senang mahu pun susah.
Kurniakan kebahagiaan yang berpanjangan,
dan kejayaan buat mereka semua.
Amin ;)

Tuesday, October 6, 2009

Bencana

Hari2 i baca paper, tengok TV, dengar radio i rasa esok lusa macam akan kiamat.Takut.Sangat-sangat.I belum bertaubat sepenuh hati.U semua sudah?Jangan bertangguh sebab lintasan hati untuk bertaubat ta datang selalu.Cepat-cepat ask for Allah's forgiveness dan jangan ulang.Ingat, jangan ulang!~
Jaga diri semua, hargai masa-masa yang tertinggal ini bersama-sama dan carilah keredaanNya.

Monday, October 5, 2009

Bace bblog sendiri

Kelakar la bile bace entri yang lepas2..i start blogging tahun 2008.skrg 2009.setahun je.Tapi bile bace yg lepas2 tu, ya ampun!! x matangnye saye ni.Tulis macam budak2.dan ade a few memories yg saya dah mula delete dari ingatan tapi rupa2nye masih ade dlm blog.Nak delete?malas ah.Biarkan lah.Hidup yang baru tetap kita mulakan.Yang lepas2 boleh jadi panduan kan ;)

Tuesday, September 29, 2009

Title

Lemah benar nk letak title ape dekat entri :(

I memang sedang menjadi diri sendri, tapi kenapa masih rasa mcm fake?

Thursday, September 24, 2009

Happy~~

Ye lah lately i asyik letak entry happy je kan.Sampai meluat2 u all nak bace.Hari ini pun same thing jugak.I happy sgt today.Dpt happy kan sis, mak, n most importantly dpt happy kan diri sendiri.Thanks for the day Allah.Thanks for sending them to me ;) Thanks Dya, and thanks to you to ;))

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri day 3:Menjejak kasih

Raya kedua tahun ni my family n i bertolak balik ke Johor.So today we all baru je siapkan misi menjejak adik beradik sebelah arwah atuk yang lama sgt xjumpe.9 kereta semuanya n alhamdulillah we made it wpun xcomplete semuanya.Nak melawat saudara mara sebelah JB n Singapore amatlah tidak larat.Jauh2 from one house to another.Sangat penat tapi inilah namenye menjalinkan ukhwah.pandainye Sya cakap..teeeheee~~~~xpelah mungkin 1 hari nanti kite cover lah area JB n Singapore ;)) (entah bila)


Oh esok balik KL.Cant wait!!I mahu kemas rumah.xselesa bila memikirkan horrornye rumah yang dah sminggu ditinggalkan. ;))


Aidilfitri day 2

Guyssss!!!!!~~~~~Im so happy this raya!Teramat ;))
Alhamdulillah.Syukran Ya Allah

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri 2009 :Day 1



Malam td perasaan huru hara n i hate it!Pagi ini bangun sedikit rasa bahagia n i senyum.Siap2 bangun mandi sapu bedak n eye liner sikit, xleh over then headed to masjid jalan kaki.Masa kat masjid tadi really feel close to Him.Pertama kali merasai this kinda feeling.Very humble and grateful for the chances yang tiada putus dari Allah subhanallah taala.I cried!Yang amat.I am lucky kan.Tenang rasa tatkala menyebut bacaan takbir dengan ingatan yang kuat padaNya.Rugi amatlah selama hidup ini tidak pernah merasa sebegini rupa.
Malam td i dibelenggu persoalan.Pagi ini Allah dah menjawab segala-galanya.Rezeki i.Allah sentiasa memberi bantuan kepada hamba-hambaNya.Antara you realize atau x je.Sepanjang 22 tahun i hidup atas muka bumi ni Allah menjawab setiap persoalan i, memberi pertolongan setiap kali i pinta n even tho i buat salah paling buruk pun Allah masih memberi peringatan kepada Allah.Tika i sesat dan lost Allah pasti terangkan jalan i.Semuanya datang serta merta.Maha berkuasa dan tiada tandingan,Dia yang esa.Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah ;)








Salam aidilfitri semua.Maaf zahir dan batin.